Sunday, 31 August 2014

Selamat Datang ke Fragmen Abnormal.

"Selamat datang ke Fragmen Abnormal," tutur seorang berpakaian sut lengkap bagai mahu ke majlis keramaian dalam movie The Great Gatsby. Rambutnya disisir kemas, sudah tentu dengan gel/wax yang melekatkan rambutnya elok di atas kepalanya. Tangan kanannya disuakan ke kanan, seakan seorang usher majlis kenduri-kendara menjemput tetamu masuk ke majlis.

Aku berjalan perlahan. Sedikit demi sedikit. Janggal dengan perasaan baharu dalam ruang itu. Lelaki tadi yang berdiri di tengah ruang, masih lagi dengan gaya yang sama, dan aku diekori beberapa lagi orang yang aku tidak berapa kenali masuk ke tengah ruang itu. Di dinding ruang tamu sebuah bilik berupa suite hotel, aku termangu melihat potret-potret gambar yang tergantung di situ. Pelbagai aksi abnormal dapat aku lihat yang memang sentiasa berada dalam imaginasi-imaginasi aku selama ini.

Mungkinkah ini syurga kedua buatku?