Tuesday, 2 September 2014

GIVE AND TAKE

Kali ini aku tidak berlengah-lengah lagi. Dah lama sangat aku tunggu. Aku capai baju raglan The Strokes, jeans lusuh biru dan kasut Converse putih. Kasut Converse putih ni banyak jasanya pada aku. Banyak rahsia dia dengan aku. Kasut ni dah bawak aku jumpa ramai orang. Tapi setiap pelusuk manusia yang aku jumpa, hadir dia akan buat aku gembira seketika. Dah dapat, bagi tahi. Quote this word.

                Aku hanya berjalan kaki menuju ke satu tempat yang aku janji untuk bertemu. Bukan aku tak de kereta, dah orang tu yang ajak keluar. So, pepandai lah dia yang berjemput berhantar aku. Cuma aku jalan keluar sikit ke pintu gate kolej. Aku tak nak orang nampak aku keluar dengan siapa atau dengan apa. Aku berjalan perlahan, aku hirup setiap udara malam. Mendonggaknya aku ke langit, aku hanya nampak hitam. “Ah, celaka. Janganlah hujan”, aku bermonolog. Aku tak suka hujan sebab aku tahu bila ada hujan akan ada guruh dan petir. Aku takut guruh dan takut petir. Orang kata bila berpetir berguruh tu, Tuhan marah. Tuhan rejam syaitan, Tuhan tengah murka. Ah, tapi logiknya itu sains. Itu fizik. Setahu aku, itu semua perlanggaran ion-ion yang dibawa oleh awan. Eh, ke camne?

                Aku menyeluk kocek, cari telefon. Jenis aku, benda aku tak tahu direct tanya Google. Yela, nanti kang boleh lah aku betah orang yang cakap macam agama tu guna ilmu sains. Biarlah nampak cerdik sikit. Aku rasa kocek aku kosong. “Babi!!! Patutlah aku tak rasa telefon aku vibrate. Okay, stop”.

Aku berhenti betul-betul di depan bus stop. Sambil fikir, “Nak patah balik ke nak tinggal je phone? Kalau tinggal pun apa masalahnya, aku memang tahu dia on the way. Kalau tak ambik kang, mati kutu pulak aku”. Aku toleh belakang, gelap. Aku toleh depan, aku jalan terus. Aku penakut sikit. Sebab kecik-kecik dulu, aku pernah dimomok kan oleh kawan kakak aku. Seram. Menjerit sambil berlari aku. Okay, sekarang aku rasa seram sejuk. Nasib baik masih terang bilik-bilik budak kolej ni, kekonon ada jugak peneman aku. Tapi aku terfikir, kenapa masa aku jalan tadi macam terang je? Siak.

Dooommmmm!!!! Bunyi guruh. Aku lajukan langkah, takut tak sempat sampai depan. Time camnilah semuanya serba tak kena. Phone tinggal lah, hari nak hujan lah. Petanda apa lagi lepas ni? Di dalam fikiran aku ada suara nasihat Mak aku. Nasihat-nasihat dia untuk semangatkan aku terus belajar, jangan putus asa. Gelak kecil aku, sebab aku rasa apa yang aku buat ni tak salah. Aku dah penat study siang hari, malam hujung minggu camni lah aku enjoy. Release tension. “Hahaha!”, aku gelak sebab terbayang perkara-perkara indah yang akan bakal berlaku nanti. Macam-macam dalam kepala aku. Aku senyum sinis. Langkah aku ada rentak riang. Hilang semua bisikan tadi. Aku cuma rasa seronok.

Aku tunggu sebelah pondok telefon, depan gate. Ada pondok Pak guard tapi takde orang. Tempat agak gelap. Tapi masih ada orang lalu lalang di jalan besar. Jam tepat pukul 9.35 minit. Aku steady sebab aku boleh agak perjalanan dari rumah dia ke kolej aku agak jauh. Aku duduk tepi batu sambil tengok orang lalu lalang. “Apebendalah dorang ni semua, hari nam pun nak pergi library ke? Sunguh-sungguh sangat pun, boleh mati stres tau”. Aku memang ada je yang tak puas hati dengan orang suka pergi library ni. Aku rasa dorang ni macam takde purpose of life. Dorang tak penat ke? Ala, belajar kejar pointer sangat pun nanti susah jugak dapat kerja. Pergi mereputlah korang dengan library korang tu. Entah-entah dok library dating, download cerita Korea, chatting la apa la. Bukan aku tak tau. Aku cakap sebab aku tahu lah. Aku memang badi dengan budak library. Diam.

Sial! Dah 20 minit aku macam busut ni. Hujan dah renyai-renyai. Memang hantu. Kenapalah aku boleh lupa amik phone?!!! Ini tak boleh jadi. Aku dah macam lembu kena sembelih. Habis semua batu aku baling. Tetiba hujan makin lebat sikit, sikit, lepastu tambah lagi sikit. Okay, pondok telefon. Ya, Tuhan masih sayangkan aku. Bagi aku peluang tunggu si jengkarung jantan tu. Ah, kalau ikutkan hati, memang dah lari patah balik kolej je ni. Tapi takpe, demi misi aku untuk dicapai, aku tunggu.

Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti depan aku. Kenari merah, dah modified sikit, ekzos besar. Turun tingkap, lelaki berkaca mata.
“Samekom, nape tunggu tengah hujan ni?”
“Errr.... Saya tunggu kawan saya haaa...”
“Lambat lagi ke sampai? Nak pergi mana? Hujan ni...”

Eh, laki ni. Aku tahu lah hujan. Dia ingat aku suka ke tunggu dalam hujan, malam malam buta ni.
“Kenapa banyak soal sangat ni? Awak boleh tolong berhentikan hujan ke dengan soalan awak tu?”
“Taklah,  kalau awak lama lagi,  sini saya tumpangkan awak balik kolej ke ape ke... Kesian awak tunggu dalam  hujan ni”.
“Errr... Okay, lepak kafe?”
“Cepat naik!”.

Aku slumber capai tisu. Lap air hujan yang terkena tangan dan baju. Sambil aku lirik mata, aku perasan dia ada rupa, ada gaya, ada harta. Sesuai.

“Hafiq”, dia perkenalkan diri dan senyum.
“Dian..”
“Awak nak pergi mana?”
“Emmm... Kafe?” aku senyum manja. “Awak budak kos apa?”, aku tanya slumber.
“Saya budak civil.. Awak?”

Aku biar soalan tu tergantung. Aku senyum.

Rezeki. Biar lah student pun. Dia nampak senang aku makan. Aku ketawa dalam hati. Kali ni, misi aku nak dapatkan telefon baru, Iphone 5. Tahi apa lagi aku bagi nanti, tak penting. Yang penting, aku seronok. Aku puas. Aku dapat apa yang aku nak.

Malam tu, aku terus mengikat Hafiq dengan peluk dan cium entah lelaki yang ke berapa. Vagina aku masih  menjadi lubang untuk aku memenuhi permintaan aku. Asyik. Memang patut malam tu ada guruh dan petir.

No comments: