Monday 1 September 2014

Hershey's Kisses

“Aku tahu apa kau nak dari aku,” June meletakkan guni berisi kulit kelapa yang diparut di atas lantai. Gadis itu mengelap peluh yang merembes laju dari dahi ke leher jinjangnya. “Ya, aku tahu kau tak faham langsung apa cakap aku, tapi aku tahu apa yang kau nak sampai mencari aku.” June duduk di atas kerusi malas. Dia menyeluk porchbag di atas meja. Diseluk-seluk kiri dan kanan. “Mana pulak aku letak bendalah ni.. Dah kau ni tak reti duduk ke? Dasar hamfakari-hamrikah tak reti bahasa Melayu,” Kasar June menyuruh lelaki berseluar bunga-bunga, berselipar Fipper tanpa baju itu duduk di hadapannya. 

Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga, melihat tiada satu apa pun yang berupa kerusi di kawasan sekitarnya. Paling kurang pun, kerusi seperti diduduki June. Tapi tiada. Apa yang dimaksudkan June adalah duduk di atas kerusi parut kelapa yang terletak baik di atas lantai berpasir. Dan dari ekor mata June, tahulah lelaki itu yang June menyuruhnya untuk duduk beralaskan kerusi parut kelapa itu sementara mencari apa sahaja yang dikehendakinya daripada June.

“Kau dapat info dari mana ni sampai ke sini cari aku?” June letakkan bungkusan di tangan. Lelaki itu nampak gembira apabila melihat bungkusan di celah-celah jemari runcing June. “Not so fast, dude. Now, tell me,” June sembunyikan bungkusan ke dalam kocek seluar baggynya seraya bangun. “Where did you get the info about me?” June ambil guni yang terletak menyandar di kolum rumah kayunya dan mengangkat penuh kudrat dibawa ke bahagian bawah rumah yang paling dalam. Tertunduk-tunduk dia. Dia beri arahan kepada lelaki kulit gelap yang digelarnya ‘lelaki hamfakari-hamrikah’ untuk terus duduk di situ. Tidak mahu diganggu melakukan tugasan harian satu hal, tidak mahu bertanggungjawab jika lelaki yang tinggi hampir lebih dua kali badannya itu terhantuk kepala satu hal. “Did you hear me?” Laung June. Lebih kasar dari tadi.

Serba salah lelaki hamfakari-hamrikah menjawab, “I dunno shit girl, that malay dude with suits told me to find ya. If I wanna get high.” 

“Barnin tu? I mean, that Barnin guy?” June tersengih lucu. Macam-manalah mamat hamfakari-hamrikah ni boleh kenal dengan Barnin. Siang malam berbaju melayu, suit penuh, ke mana-mana. Mungkin bagi Barnin setiap hari adalah hari Jumaat. Hari penghulu hari di mana harus diraikan setiap hari. Tapi kalau dah setiap hari penghulu hari dirai, dah tak nama penghulu harilah jadinya nanti. 

“Jyeaa. Barnin. I forgot his name, but I think Barnin sounds right,” lelaki hamfarika-hamrikah menjawab. Juga tersengih-sengih mengikut sengihan June. 

“Did you know how irony that is? Looking at you, want this? Real bad?” June bertanya lagi. Selesai guni diletak di penghujung sudut bawah rumah, dia merapati lelaki hamfakari-hamrikah dan ambil tempat duduknya semula. Sambil berbaring malas di atas kerusi malas, dia mengunjukkan bungkusan plastik di tangannya. “And this is what I got left,” June menjelaskan lagi.

Mata lelaki hamfakari-hamrikah bersinar-sinar melihat bungkusan di tangan June. June ketawa terkekeh-kekeh melihat reaksi lucu lelaki hamfakari-hamrikah. June letakkan bungkusan itu di celah kangkangnya. Lelaki hamfakari-hamrikah telan liur melihat bungkusan itu diletakkan di tempat sulit gadis di hadapannya. Mungkin suara hatinya berbunyi, “Nokhorom budak melayu ghambut keghinting ni. Aku ghogol hang nanti baghu hang tau langit tinggi ghendah. Mau ghobek puki kecik hang tu.” Begitulah bunyinya suara hati lelaki hamfakari-hamrikah yang penuh pekat kerana dia berasal dari selatan hamfakari. Dan kemudian berpindah pula ke utara hamrikah. Justeru telor bahasanya sangat berlainan dari bangsa-bangsanya yang bermastautin di utara hamrikah dari kecil. 

“Come on, dude. If you’re staring at me like that, I’m afraid somebody gonna get hurt real bad,” June tersenyum sinis dan mengambil kembali bungkusan di celah kangkangnya dan diletakkan di atas meja. Dijentik bungkusan itu merapati lelaki hamfakari-hamrikah. “You seem like a nice guy. What is your name?”
“Derek. Derek Morgan.” Lelaki hamfakari-hamrikah terjeling-jeling bungkusan di atas meja. Dekat, tetapi tidak dapat dicapai tangannya. 

“Maigooddddd! Don’t tell me you’re the guy from Criminal Minds? And I thought it is just my mind that your face look really familiar..” June bangun mengejut dan terloncat-loncat kecil gembira. “Alright then, Derek. There’s a little trivia to you, before you get this package, for real.” 

“Shoot.”
“What is my name?”
“June.”
“And my nickname?”
“Hershey.”
“Did you know what is in the package called?”
“Shit.”
“What did you said just now?”
“Shit.”
“Pardon me?”
“Shit.”
“No, really. I really can’t hear you.”
“SHIT! That stuff is called SHIT!”
“Good. And what is it made of?”
“Err.. I dunno.”
“SHIT, you fucking moron!”
“Really?”
“No, I’m just kidding. You’re an idiot after all, heheh.”
“Are all the trivias done?”
“Last question.”
“Alright. I’m ready.”
“How are you going to eat that?”
“Seriously? I have to answer that?”
“Just answer. This is the best part that I love.”
“With my mouth. And yours.”

“Good boy, Derek. You are such a good boy.” June buka bungkusan plastik dan bertih-bertih berwarna coklat dimasukkan ke dalam mulutnya. Keras, digigit lumat. “Naahooow.”

Lelaki hamfakari-hamrikah bernama Derek Morgan terus meluru laju tanpa menunggu merapati June dan mencumbu gadis itu seperti tidak pernah bercumbu selama ini. June merapati tubuhnya serapatmungkin ke tubuh Derek. Lelaki itu ingin meletakkan tangannya di buah dada June, tetapi June dengan segera menampar tangan lelaki itu. Matanya sempat menjegil dan dahinya berkerut rapat. Akan tetapi ditariknya lengan Derek supaya memeluk dirinya seerat mungkin. Dada bertemu perut. Tak semena-mena, Derek kejang. Dia terundur-undur dalam kekejangannya seperti terkena renjatan elektrik. Dalam masa yang sama, nafasnya mendengus-dengus seperti badak sumbu menghembus air dari hidungnya. Derek kemudian terduduk di atas lantai berpasir, lalu terbaring secara otomatik. Sambil tersenyum bahagia. “That is really some good shit.” Kelihatan tompokan basah di celah kangkang seluar bunga-bunganya.

Dengan selamba June duduk di atas kerusi malasnya, mengelap pipi dan bibirnya yang dilumuri warna-warna coklat, seraya berkata, “That is how the legend came up with the name ‘Hershey’s Kisses’.”

2 comments:

moimori said...

Aku ingatkan butir butir coklat tu najis arnab.

M. Faiz Syahmi said...

moimori; Boleh jugaklah kalau macam tu. Kalau bukan najis arnab, najis kambing.