Tuesday, 2 September 2014

KELIBAT SERAKAH

Meliar matanya melihat keindahan ciptaan Tuhan. Cantik, gebu, membukit. Setiap yang berbentuk habis ditelek ke setiap sudut. Takde satu pun bahagian yang tak sempat diimbas. Di scan habis sampai ke dalam. Kuning, merah, hijau, biru, color belang-belang. Semua dia tahu. Cantik, memang cantik. Pergh, semester kalini pasti havoc.

"Awak tengok apa tu? Tak cukup lagi ke dengan saya yang ada depan mata awak sekarang ni?"

Ahhh, mampos. Kantoi pulak. Idea, cepat idea mana.

"Manede. Saya tengok budak laki yang hujung sana tu. Rupa macam anak jiran belakang rumah saya jek tu. Ada iras tapi nak tegur nanti macam salah orang pulak." Fuhhhhh, kebetulan. Kebetulan lalu mamat selebet ntah dari mana mencelah dalam golongan bidadari syurga tadi. Memang mencacatkan penglihatan. Menghodohkan suasana syurga dunia.

"Saya nak masuk kelas dah ni. Kelas awak dah habis kan? Tunggu saya balik harini boleh tak? Syifa tak bawak kereta harini." Gadis bertudung serupa pelangi tumbuh di atas kepala itu sibuk mengemas buku-buku yang berserakan di atas meja.

"Alamak, saya lupa nak beritahu awak pagi tadi. Saya ada training bola petang ni. Tak sempat rasanya nak pickup awak. Awak balik sendirilah nanti. Naik Rengitlah, awak gi naik Rengit."

"Awak ni! Rengit tu dah berzaman tamat kontrak awak oiii. Isk dia ni.Takpelah, saya balik dengan budak kelas nanti. Kbai." Laju Fasiha mengejar kelibat rakan sekelasnya yang dalam keadaan yang sama sepertinya, sudah terlewat untuk masuk ke kelas.

Dan Amir terus senyum melihat gerombolan bidadari syurga yang baru mendaftar masuk sebagai junior baru di kampus. Yang itu kompem budak masscomm, junior-junior yang sentiasa laris di minggu pertama. Ahh, yang kat sana tu mesti budak civil. Nampak garang tapi takde kurangnya bila di ranjang. Kena bukak buku baru macam ni. Kalau sem ni kena extand lagi pun aku redha. Kakakakakaka.

"Hello. Weyh Joe, kau kat mana? Dah makan belom. 'Lauk' banyak harini. Kakakakakka. Okey, okey. Aku pickup kau japlagi. Lima minit turun." Dan matanya masih lagi meliar melihatkan 'bukit' dan 'bumper' yang segar bugar. Air liurnya meleleh tanpa sedar.

Dari kejauhan sepasang mata memerhatikan setiap tingkah laku Amir.

"Sabar sayang. Aku rindu kamu. Tiba masa kita bersua. Terlalu ramai yang merindu kamu. Kami semua."


to be continued...

No comments: