Tuesday 2 September 2014

Pisau Gerber



“Shut up! Banyak mulut pulak lu ni. Dah bagi peha nak betis pulak. Makan sajelah.” Bengang betul Viktor dengan perempuan di depannya itu. “Dah bagi betis, nak peha lah, bongok!” tegur perempuan itu. Perempuan itu namanya, Tasha. Dia berbangsa Melayu, umur baru 21 dan sudah berhenti belajar. Berdua-duaan mereka di dalam bilik kecil yang hanya mempunyai katil single dibaluti cadar bunga-bungaan dan sebiji bantal tidak beralas. Hari itu hari pertama Tasha. Sekejap lagi pelanggan pertama dia akan menjengah di muka pintu kayu plywood itu. Ini bukan high class punya rumah urut tapi rumah urut haram yang acapkali diserbu penguatkuasa. Biasalah, lepas kena serbu, tumbuh balik. Ada yang kata penguatkuasa ni hanya melepaskan batuk di tangga. Asalkan nampak buat kerja. Bila dibuka semula, ada juga seorang dua daripada mereka yang datang melempiaskan nafsu. Dasar hipokrit.

Tasha menjamah nasi ayam Hainan yang diberi oleh Viktor. Asalnya dia pesan Chicken Chop. Viktor ni bangang agaknya tak boleh beza nasi ayam dengan chicken chop. Alih-alih dia yang kena marah. Viktor pesan lepas habis main, jumpa dia di bawah. Tasha akan diberi upah terus. Kalau diberi tip oleh pelanggan, ambil saja. Ambil banyak-banyak lagi bagus. Tak luak pun nasi itu dimakan, Tasha buang ke dalam tong sampah. Nasi ayam apa rasa macam konkrit. Tasha pandang cermin dan kenakan lipstick. Biar tebal dan merah. Bra dan skirt dibetulkan agar asetnya nampak montok dan menggiurkan.

Sebaik sahaja Viktor menuruni tangga, seorang lelaki Melayu berumur dalam lingkungan 50an menguak pintu. Ini dia pelanggan pertama Tasha. Perutnya yang sedikit boroi jelas ketara dengan berbaju T di-tucked in. Sudah pangkat pakcik kalau nak dibandingkan dengan Tasha. Dia mengukir senyuman menggoda sebaik sahaja terpandang akan pakcik miang itu di muka pintu. Kelibat pelanggan gatal seperti pak cik ni adalah kebiasaan di pusat urut haram sebegini. Merekalah pelanggan tetap yang sentiasa menyokong industri pelacuran ini. Pakcik-pakcik gersang yang tak sedar diri, tak takut Tuhan dan dosa, yang hanya mahu nikmat maksiat biarpun kubur sudah memanggil-manggil. Tanpa berlengah, pak cik berkumis nipis itu terus menerkam Tasha dan menggomolnya. Tasha biarkan dirinya dibaluti tubuh pak cik yang kegersangan  itu. Sesekali Tasha cuba mengelak dicium. Jual mahal. Tasha bisikkan sesuatu di telinga orang tua itu dan lantas orang tua itu mengeluarkan dompetnya dan diselitkan beberapa keping not seratus di celahan bra merah Tasha. Tasha senyum dan cium pipi orang tua itu. Keseronokan dia, macam dicium sang bidadari. Baju T polo orang tua itu ditanggalkan diikuti stokingnya yang masih baru dibeli. Perlahan-lahan sambil menggoda, Tasha lurutkan seluar slack orang tua itu. Sekarang dia hanyalah berseluar dalam.

Tasha bangun dan menuju ke laci meja solek kecil. Dia ambil sebuah kotak kecil berwarna merah. Tasha tuangkan air suling ke dalam gelas dan hulurkan kepada orang tua itu. Dia yang sudah tidak sabar-sabar untuk beraksi hanya memerhatikan gelagat Tasha. Air suling itu diminumnya sehingga habis. “Baringlah di situ, bang. Tasha buka baju dan panjat atas abang.” Pak cik itu pun merebahkan dirinya ke atas katil dan berbaring melentang sambil menunggu. Kedua-dua bola matanya tertumpu ke arah wanita muda itu. Dalam otaknya sudah berfantasi macam-macam. Dia terbayangkan keseronokan yang bakal dia alami. Pandangannya tidak lekang memerhatikan Tasha menguak zip skirt birunya perlahan-lahan. Sekalipun matanya tidak berkelip apabila melihat sepasang aset Tasha berbalut bra merah sebaik baju ditanggalkan. Sedikit demi sedikit pandangannya makin kabur. Tasha yang berada dihadapannya tadi sudah ada dua, tiga. Kepalanya rasa pening tiba-tiba. Gelap.

Tasha kenakan bajunya semula. Skirt disarung dan dizip. Tombol pintu dipastikan sekali lagi berkunci. Setelah siap memakai sepasang sarung tangan getah dan topeng muka, Tasha buka kotak merah tadi. Sebilah pisau Gerber panjangnya 5 inci dikeluarkan. Pipi tembam orang tua itu dilempangnya dua kali. Kiri dan kanan. Bagus! Betul-betul tak sedarkan diri. Seluar dalam tidak berjenama orang tua itu dilondehi. Terjojollah burung veteran yang masih tegang biarpun tuannya sudah layu tidak sedar apa-apa. Pisau Gerber 100% karbon itu digenggam erat. Berbekalkan satu nafas panjang, Tasha tarik dan hiris sehingga putus. Tidak ada masa untuk hiris perlahan-lahan macam sembelih ayam kampung. Tajam benar pisau Gerber itu sehingga dapat memotong burung veteran dengan sekali nafas. Darah memercik membasahi celahan kangkang orang tua itu. Sedikit terkena pada pergelangan Tasha. Burung yang mati itu dimasukkan ke dalam botol air suling yang masih berbaki. Tasha membasuh pisaunya di sinki dan membersihkan tangannya daripada darah orang tua miang itu. Tangga dituruni perlahan-lahan. Dia disapa Viktor. “Sudah selesai aa? Nah, ini bahuan lu.” “Habuan la, bongok”. Tasha ambil dan jelir lidah kepada Viktor. Dia senyum dan berlalu keluar. Viktor tersengih sendiri. Dia lulus Bahasa Melayu masa sekolah menengah tapi masih lagi tak fasih-fasih.

Tasha tahan teksi dan memberitahu ke mana destinasinya. Setelah lima belas minit, teksi itu berhenti di bahu jalan. Tasha turun dan berjalan menuju ke sebuah tandas awam. Jamban yang paling hujung dipilih oleh dia. Cermin kecil dikeluarkan daripada beg tangannya dan dilekatkan di pintu. Dengan teliti dan perlahan-lahan, Tasha koyakkan topeng silikon yang dipakainya. Dikoyak-koyak topeng silikon itu dan akhirnya menampakkan rupanya yang sebenar. Dia ambil topeng lain dari dalam beg tangannya dan kenakan dengan cermat sambil memerhatikan cermin kecil yang dilekatnya tadi. Pakaiannya juga ditukar. Rambut sahaja yang sama. Itupun rambut palsu juga. Seperti identitinya. Lima belas minit juga dia habiskan masa untuk menukar identitinya di dalam tandas tidak berpenghuni itu. Lima belas minit dia bersiap adalah lebih cepatlah kalau nak dibandingkan dengan wanita-wanita lain yang biasanya ambil masa sejam bersiap apabila hendak keluar. Sebungkus plastik hitam berisi “identiti” Tasha dibuang ke dalam tong sampah biru di tepi jalan. Dia terus berjalan menuju ke pondok teksi yang hanya 10 meter di hadapan. Tak sampai pun sepuluh minit, sebuah teksi lalu dan berhenti sebaik ditahan olehnya. “Chow Kit ya uncle.” Punat meter ditekan, signal diberi dan drebar teksi itu terus memulas stereng menuju ke destinasi yang dipinta.


Teksi bernombor plat HWA 3766 berhenti betul-betul di hadapan sebuah farmasi yang sudah tutup. Pintu penumpang ditolak dan keluar seorang wanita tinggi lampai. Sepasang betis putih kelihatan jelas biarpun di bawah cahaya suram lampu jalan. Wanita itu berjalan menuju ke sebuah pusat urut yang nampaknya beroperasi sehingga lewat pagi. Dari luar, pusat urut itu nampak seperti biasa. Wanita-wanita berbangsa asing yang semuanya tidak ada thigh gap memegang flyers sambil memancing pelanggan untuk mendapatkan servis urutan refleksologi di situ. Ada yang singgah, ramai yang tidak. Wanita tadi masuk ke dalam dan mendapatkan seseorang di sebalik kaunter. Dia merapatkan badan di kaunter itu dan berbisik kepada seorang wanita Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai pengurus pusat urut tersebut. “Aunty, boleh tak saya kerja sini?” soal dia lemah lembut. Setelah berfikir sejenak, Aunty tadi mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuat satu panggilan. “Cong ceng cong ceng cong ceng. Yau yau. Mei woo.” “Okay, boleh. Terus naik atas, belok kiri. Masuk bilik nombor 3 ah.” Dia terus diambil bekerja. Dia senyum dan mengorak langkah. “Amoi, nanti dulu. Lu apa nama, ah?” “Oh, nama saya Tania.” Tania senyum lebar dan mendaki anak tangga. Dia sempat selak beg tangannya. Kotak kecil rona merah ada terselit kemas.

No comments: