Saturday 13 September 2014

Siri Kisah Frustasial : People can lick too

Aku mengumpulkan kesemua anak muda yang sering lepak di pondok bawah pokok besar itu. Niat aku kumpulkan mereka adalah untuk menceritakan tentang Frustasial, tempat aku menetap suatu ketika dahulu. Dulu, orang kata itulah tempat yang paling indah dalam dunia tapi sekarang, itulah tempat paling sial dalam dunia.

Berbalik kepada keadaan di dalam pondok tadi, kesemua anak muda yang telah siap sedia dengan sweater masing-masing telah duduk di hadapan aku. Katanya, kalau ada part yang seram, mereka nak tutup muka dengan sweater itu. Aku biarkan. Takut-takut kalau aku larang, aku kena pancung malam itu juga. Tanpa buang masa, aku terus mulakan cerita.



*****

Waktu dulu-dulu dekat Frustasial, Julia, seorang budak perempuan yang membela seekor anjing dekat rumah dia. Dia sayang sangat-sangat dengan anjing dia ini sampaikan setiap kali keluar rumah, dia bawa sekali. Tidur pun satu bilik. Anjing dia tidur dekat bawah katil dan dia tidur atas katil.

Julia ini akan letakkan satu tangan dia dekat bawah untuk pastikan anjing dia ada dekat bawah katil. Anjing itu mesti akan jilat tangan Julia untuk menunjukkan yang dia masih ada.

Suatu hari, Julia keluar rumah. Satu perkara yang agak aneh Julia buat pada malam itu, dia tak bawa anjingnya sekali kelaur bersama. Dia tak bawa anjing dia itu sebab nak pergi jumpa kekasih dia. Kononnya, takut anjingnya itu kacau atau buat kecoh .Jadi, anjing tu ditinggalkan dekat rumah sendiri.

Usai berjanji temu dengan kekasih hati, Julia pulang ke rumah. Tepat pukul 12 malam, Julia sampai ke rumahnya. Dia buka pintu rumahnya dan terus memanggil anjingnya itu. Anjingnya berlari gembira menuju ke arah Julia. Julia memeluk anjingnya itu dan terus membawanya naik ke atas untuk dia bersihkan diri dan bersiap untuk tidur.

Ditinggalkan anjingnya di dalam bilik sendiri lagi sedang dia mandi di dalam bilik air. Bunyi pancuran air dapat didengari dari luar. Usai mandi, dia terus keluar daripada bilik mandi dan menyalin pakaian yang lebih sesuai untuk tidur.

Dia menutup lampu yang ada di atas kabinet ditepi katilnya. Seluruh bilik menjadi gelap tanpa ada sedikit pun sumber cahaya. Seperti biasa, untuk memastikan yang anjingnya itu masih ada, dia akan menurunkan satu tangannya daripada katil. Anjingnya menjilat suka.

Tapi, ada sesuatu yang membuat Julia kehairanan. Air liur anjingnya itu tidak melekit-lekit seperti biasa. Ianya macam air liur manusia. Dia cuba untuk mengendahkan hal itu. Dia melelapkan mata.

Pukul 3 pagi, dia tersedar daripada lamunan apabila dia mendapati yang anjingnya tidak berhenti daripada menjilat tangannya. Dia semakin hairan. Untuk meminta anjingnya berhenti daripada menjilat tangannya itu, dia memandang ke bawah katil.

Julia menjerit kuat. Makhluk yang menjilat tangannya itu sebenarnya ialah hantu. Hantu yang berpakaian serba hitam. Matanya merah sehingga menampakkan urat mata. Mempunyai lidah yang sangat panjang dan tidak berhenti-henti menjilat tangan Julia. Julia pengsan dirumahnya itu.

Selepas seminggu kejadian, seorang daripada jirannya hairan mengapa dia jarang nampak Julia keluar daripada rumah. Dia cuba masuk ke dalam rumah Julia. Pintunya tidak berkunci. Dia naik ke atas untuk memastikan Julia masih ada.

Jirannya itu turut terkejut apabila mendapati bahawa Julia sudah meninggal di dalam rumah itu. Dia segera mencapai telefon di bilik Julia dan terus menelefon polis.

Setibanya polis di rumah Julia, mayat Julia di keluarkan daripada dalam rumah. Polis dapat kesan yang tangan Julia penuh dengan air liur. Dia bertanyakan kepada jiran-jiran yang sudah lama tinggal di kawasan perumahan itu. Adakah rumah yang diduduki oleh Julia ini, pernah ada kes?

Ada yang menceritakan bahawa Julia ada membela anjing dan mengesyaki yang air liur itu milik anjingnya. Tapi, pihak polis mengatakan yang itu bukan air liur haiwan. Jadi, dia mula hairan. Jiran Julia mula ingat yang pernah terjadi satu kes dalam rumah itu.

Kes itu sudah lama terjadi dimana, ada seorang bayi mati di dalam rumah itu kerana asyik menjilat-jilat jari ibunya yang baru menyelukkan tangannya ke dalam beg sabun pencuci. Dekkan terlalu leka dengan baju, ibunya tak perasan akan kelakuan anaknya itu. Selesai kes itu dibicarakan di kemuka pengadilan, ibunya dimasukkan ke dalam penjara.

2 comments:

amira said...

cerita asal human can lick too dari creepy pasta lagi seram. Back story ni terlampau panjang. Hehe tapi great translation.

Unknown said...

+amira ; hihi. thanks. akan diperbaiki untuk next story. in shaa allah :)