Monday 19 January 2015

Mark Edison, Nur Khaleeda dan Khalid 2.


Aku terjaga dari tidur. Melihat siling tepat di hadapanku dalam perbaringan. Tiada apa-apa yang istimewa padanya.

Melainkan hanyalah habuk-habuk, benang-benang sawang, kereputan dan tompokan lumut dek bumbung yang telah lama bocor namun masih berupaya tidak membasahkan aku ketika musim hujan tiba. Aku bersin tiga kali. Habuk. Aku sensitif dengan habuk.

Aku mengiringkan tubuh ke kanan, lantas melihat kekasihku yang merampas selimut hanya untuk menutupi tubuh bogelnya sendiri tanpa kongsi.

Aku mengeratkan pelukanku pada tubuhnya yang tertanggal entah bila tadi. Membenamkan mukaku ke lehernya, merapatkan bibirku ke kulitnya.

"Sayang?" Khaleeda bersuara, sambil memberikan sedikit bahagian selimut kepadaku, cukup-cukup untuk menutupi kawasan pubis aku.

"Krohh krohh." Aku membunyikan suara acah-acah dengkur. Badannya bergetaran menahan tawa. Aku yang memeluk erat terikut sama bergetar.

Tangan kiriku menekup buah dada kirinya, merasakan degup jantung Khaleeda. Perlahan. Tenang. Tenang sekali.

Khaleeda memegang tangan kiriku yang menekup tadi dengan tangan kanannya. Dia masih tersenyum. "I love you, Mark." bisiknya.

"I know." aku mengusap-usap dadanya. Perlahan, penuh kasih.

"Sombong."

"Mana ada."

"Narcissist."

"That, I am."

"Hm."

"Yes, my beautiful princess Khaleeda?"

"Khalid cakap you gay."

"Bagaimana I boleh gay sedangkan yang dipeluk I adalah seorang perempuan yang sungguh agung parasnya?"

"Buto hang dok buat deep apa. Pundek."

"Diamlah Khalid."

"Hehehehehehehehehe."

"Kau tu yang gay sebenarnya. Seronok blowjob aku tadi?"

"Wait. How did you know.. I'm sorry, sayang. I'm sorry. Khalid yang paksa I."

"It's okay, Khaleeda."

"Tapi macamana hang tau tu aku hah?"

"Teknik berbeza."

"Oh, macam tu. So.. How was it?"

"Not bad. Tapi boleh cuba lagi."

"Maksudnya?"

"I push myself to ejaculate."

"Hihihihi."

"Diamlah Khaleeda. Aku tengah survey ni."

"Oke, oke. You guys boraklah. I nak tidur."

"Baguih. Pi tidoqlah."

"Aku hairanlah, Khalid."

"Hang heran pa?"

"Kenapa kita wujud? I mean..yes, God created us. But kenapa?"

"Ah, deep pundek dia mai dah."

"Just bare with me. Look, kalau betul Tuhan cipta kita, apa purpose Dia sebenarnya? Kenapa cipta manusia untuk hanya menyembahnya? Adakah hanya untuk tunjuk kecintaannya pada manusia? Bullshit. Semua ini hanya untuk menunjukkan kekuasaannya."

"Bear la you."

"Thanks, Khaleeda."

"Dak la ni apa poin hang? Hang tau dak dosa pikiaq benda manusia tak sampai ni?"

"Kalau manusia tak boleh fikir perkara luar batasan, kenapa Tuhan masih cipta manusia mampu berfikiran luas?"

"Sesat hang ni, sesat."

"Macamana kau tahu aku sesat? Sedangkan kau juga tak pasti adakah jalan kau itu jalan yang betul atau tidak. Kau hanya mengikut jalan yang orang lain tuju, turun-temurun mengikut nenek moyang yang diperturunkan ke anak cucu. Bersanadlah konon-kononnya."

"Aku pening aa weh. Hang borak dengan Khaleeda ja la. Malaih aku pikiaq bendalah ni."

"I want to discuss this topic with you."

"Tapi.."

"Aku tahu kau faham apa aku cakap ni, Khalid."

"Amboi. Kantoi la pulak. Memahami angad awaa nyii."

"Pundeklah Khalid."

"Hihihi."

"Diam, Khaleeda. Aku nak buat comey dengan pakwe kita ni."

"Ahh, sorry. Sila, sila."

"Macam kau. Macam Khaleeda. Kenapa Tuhan cipta manusia istimewa macam korang? Dua roh berkongsi satu tubuh?"

"Istimewa padia? Cacat ni."

"Bagi aku, aku seperti berpasangan dengan dua orang dalam satu masa. Istimewalah tu."

"Yalah tu."

Khaleeda memelukku erat, menghadap aku dalam iring kiri. Dia mengusap kepala dan wajahku. Aku tahu ia adalah Khaleeda kerana sentuhannya terdapat kelembutan berbanding Khalid yang lebih kasar.

"Sayang, cukuplah tu fikir. Malam begini tak elok terlalu guna otak. As human we need to rest. Dan Tuhan cipta malam untuk manusia rehat."

"Kalau Tuhan cipta malam untuk rehat, kenapa agama you menyarankan manusia bangun sepertiga malam untuk beribadah kepada Tuhan?"

"Kerana masa itu yang paling mustajab doanya."

"Kenapa waktu itu? Kenapa tak tengahari? Kenapa tak setiap waktu?"

"Mungkin kerana Tuhan nak tengok sama ada manusia benar sayangkan pencipta atau tidak. Sanggup korbankan masa tidur untuk-Nya."

"Haa, betoi apa Khaleeda cakap tu. Macam hang dengan kamilah. Ni dok tak tidoq lagi dok borak, sebab sayang kan? Macam tu la ibadat tu."

"Meaning?"

"Malam macam ni sunyi weh. Waktu mana lagi sesuai untuk bersama kekasih? Orang romen pun kat tempat sunyi. Takda gangguan luar. Hanya fokus pada pasangan."

"Jadi kau nak cakap yang Tuhan buat tuntutan begitu untuk manusia mempunyai peluang berkasih-kasihan dalam sunyi?"

"Haa, bijak pun."

"I see."

"Eh, sat. Maksud hang berkasihan dalam sunyi tu dengan Tuhanlah kan?"

"Ya."

"Sebbaik."

"Khalid."

"Yes, my dearest handsome?"

"Jangan tiru ayat akulah. Aku nak bersama Khaleeda."

"Oh, oke oke."

"Khaleeda?"

"Hmm?" Khaleeda pisat matanya dengan jari. Suaranya seakan diganggu tidurnya.

"Eh, you dah tidur ke? Sorry. Just go to sleep. I love you." kataku, mengeratkan lagi pelukan.

"Sayang nak borak lagi?"

"Tak. I nak bersama you hingga pagi." aku mengusap pipi mulusnya.

"Good boy. Dah, tidur, tidur. Esok kerja.

"Baik, sayang. Good night."

"Selamat malam juga, Mark Edison. I love you."

"Malam, Khaleeda. Malam, Khalid."

"Haa, malam, malam."

No comments: