Tuesday 20 January 2015

Mark Edison, Nur Khaleeda dan Khalid 3.

"Bagaimana seorang yang cantik macam kau, setiap hari, berulang kali kau cakap kau tak cantik dan rasa semua orang seperti mengutuk kau?"

"Kau tak faham."

"Fahamkan aku."

"Tak, kau memang takkan faham. Kau tak berkongsi hidup dengan aku."

"Tell me."

"Buang masa kau tahu tak? Buang masa? Kenapa aku perlu ceritakan pada kau sesuatu yang membuang masa? Baik kita borak movie ke. Muzik ke."

"Tak buang masa kalau kita mahu mendengar sesuatu penceritaan daripada orang yang kita suka."

"Huh."

"Lagipun, masa itu sebenarnya semakin berharga jika kita gunakan untuk saling memahami hidup dan diri masing-masing."

"Sudahlah. Aku malas borak pasal ni. Please? Jangan paksa aku boleh tak?"

"Oke, oke. Sorry."

"Forgiven."

"Tapi kau cantik gila kot! Haritu siap orang ingat Lana Del Rey datang Malaysia lagi."

"Oh, please, Khalid."

"Khaleeda, look. Kau nak tahu? Kalau aku mempunyai tubuh fizikal, aku memang dah lama mengorat kau ni. Tak patut aku sia-siakan gadis secantik kau. Tapi, itulah. Aku takda tubuh fizikal. Yang ada hanya jiwa dan semangat aku dalam tubuh kau."

"Sudahlah, Khalid. Aku downlah. Nobody wants me but you. Jangan cakap lagi. Jangan push aku." 

"Bukan aku sorang."

"Habis?"

"Kau ingat tak Mark?"

"Mark who?"

"Mark Edison. Student law tu."

"Oh, that guy. Kenapa dengan dia?"

"Dia pun sukakan kau."

"Don't you fuck with me, Khalid."

"Betullah. Aku tahulah. Aku lelaki."

"I don't believe you."

"Oke, kita tengok nanti macamana." 

"Sudahlah Khalid. Aku nak tidur."

"Aku nak main Counter Strike."

"Yeah, mainlah. Aku letih esok siap kau."

"Orait bebeh."

Khaleeda bangun dari katil berjalan menuju ke meja belajar. Atau yang sebetulnya adalah Khalid.

Roommate baru Khaleeda menekup mukanya dengan komforter kerana tidak biasa melihat seorang gadis secantik Khaleeda berbual sendirian.

Walaupun Khaleeda cuba untuk berbual secara telepati dengan Khalid, tetapi fitrah manusia, akan terlepas cakap juga dalam emosi.

Malam itu, Khalid juara beberapa kali. Dari Aztec ke Militia, dari Office ke Assault.

Selepas puas menembak beberapa ratus kepala, Khalid kembali ke perbaringan. Tidur, merehatkan tubuh Khaleeda.
.
.
.
Esoknya.

"EH, MARK!" Lantang Khaleeda bersuara. Terkejut melihat Mark yang beratur di belakangnya. Fitrah perempuan, apabila tahu seseorang sukakannya, dia akan kelam kabut untuk berjumpa lelaki itu. Malu. Wajahnya tiba-tiba merah. Khalid ketawa di dalam minda.

"Hello, Khaleeda. You buat apa kat sini? Nak enroll kelas Prof Yvonne jugak ke?" soal Mark, selamba seperti biasa.

"Err, aah. Macam best."

"You minat Psychology ke? Tapi you student Business?"

"Tak boleh ambil ke kalau student Business?"

"Amboi, marah."

"Mana ada marah."

"It's okay. Sorry ganggu hal personal you. I just wonder."

"Oke, Mark. I pergi dulu."

"Eh you taknak enroll ke?"

"Nantilah I enroll. Takda mood pulak tiba-tiba."

"Ala, sorrylah. Janganlah pergi dulu. Bosanlah I sensorang tunggu. Ada you boleh borak."

"Shut up, Khalid." Khaleeda menoleh sejenak ke kiri.

"Hm? Khalid?" Mark melihat sekeliling. Tiada yang mengaku Khalid di sini.

"No, oke, oke. I'll wait with you."

"Good girl."

Khaleeda senyum pahit.

"So..kenapa you ambil subjek ni?" Mark bertanyakan pada Khaleeda apabila sunyi menemani mereka berdua.

"Tadi cakap taknak tanya soalan personal." Khaleeda menjawab perlahan. Seperti omelan gadis yang tidak puas hati tidak mendapat gula-gula.

"HAHAHA! Mana tahu, if I tanya soalan buat kali kedua, you akan jawab. Kalau taknak takpelah. I will know it later."

"What do you mean later? I tak cakap pun nak beritahu you later."

"I percaya kita akan hidup bersama selamanya, Khaleeda."

"Err. Why?"

"Firasat. Intuisi. Intuisi I mengatakan yang tiada siapa yang akan memahami you selain I."

"Oh, please. Perasan betul you ni. Sukahati je cakap macam tu. You nampak tong sampah tu? You masuk dalam, angkat sendiri, pergi dari sini."

"HAHAHA!"

"Apa ketawa-ketawa?"

"Boleh tahan jugak ayat you kalau marah. I suka."

"Suka apa? Suka kena marah?"

"Everything."

"Everything?"

"Everything about you. I suka semuanya pasal you."

"Fuck you." Khaleeda berlalu laju dari situ.

"Hey hey hey hey. Sorry, sorry. My bad. Sorry terlalu jujur." Mark mengejar, namun tidak menyentuh gadis itu. 

"Go away, Mark. Just. Stay away from me." Khaleeda menangis.

"Er..oke. Just know that I am very sorry."

Khaleeda berjalan semakin laju meninggalkan Mark yang berdiri terpinga-pinga, masih cuba berfikir apa yang menimbulkan kesedihan gadis itu.

Khaleeda yang berjalan semakin perlahan apabila telah jauh dari perkarangan fakulti itu, masih esak dalam tangisnya.

"Kan aku dah cakap! Dia sukakan kau! Kau tak percaya!" Khalid bersorak dalam minda Khaleeda.

"Tapi kenapa dia sukakan aku? Aku bukan cantik pun. Aku bukan talkative pun. I'm a freak. I'm a weirdo. I'm crazy."

"Hmmm."

"Kenapa? Betul kan aku cakap?"

"Aku tak tahu nak balas soalan kau. Kau bukannya nak dengar jawapan aku. Itu semua retorik."

Khaleeda menghempaskan badannya ke katil. Melihat siling sambil tangannya terletak di dahi. Air mata masih mengalir.

"Kalau dia suka aku pun, dia takkan faham aku. Dengan kau lagi. Kau bukan boleh. Macamana kalau kau mengamuk macam haritu?"

"Aku percaya dia bukan lelaki macam tu. Dia boleh bersabar. Bab aku mengamuk tu, aku tak boleh janji untuk tak buat."

"See. Walaupun kita dah hidup lama, tapi kau masih lagi tak boleh kawal emosi kau."

"Emosi aku emosi kau jugak, Khaleeda. Aku cuma lepaskan apa yang kau tak mampu lepaskan. Itu saja. Kau ingat aku boleh ke tengok orang buli kau?"

"Mana ada siapa buli aku."

"Oh, please. Memanglah diorang tak buli kau secara fizikal. Tapi mental? Setiap kali kau berjalan ke mana saja, semua orang pandang kau macam kau ni hantu. Padahal manusia kot. Kenapa entah nak diskriminasi orang macam kau."

"Hm."

"Walaupun kau macam ni, tapi kau masih lagi boleh berfungsi kepada masyarakat, apa? Assignments tak pernah tak siap."

"Hm."

"Oke, oke. Aku berhenti cakap. Aku just nak bantu kau. Mark tu aku tengok baik. Kau kena percayakan aku. Dan percaya pada dia."

"Dia tak kenal aku lagi.. Dah kenal mesti dia tinggalkan aku jugak. Macam orang lain.." Khaleeda menangis teresak-esak. Menekup mukanya dengan bantal. Meraung-raung, menjerit-jerit. Melepaskan emosi, kesedihan dan kebencian terhadap dirinya sendiri.

TAMAT.

No comments: