Monday 12 January 2015

Pussy Hunter 1

Seorang date memeriksa fon datenya secara haram ketika dia pergi ke tandas. Masuk album gambar, terjumpa gambar bogelnya. Dia tidak pernah menyebarkan gambarnya yang itu, tetapi lelaki ini mempunyai gambarnya. Dia swipe ke kanan dan kiri, laju, mencari jika ada lagi gambarnya yang lain. Tiada. Hanya satu. Yang itu. 

Dia tersenyum. 

Puas hati memeriksa inbox beberapa aplikasi yang lain, dia meletakkan fon datenya kembali ke kedudukan asal. Apabila datenya kembali ke meja, dan selepas beberapa konversasi berbasa-basi, dia bertanya, "Where did you get that nude picture of me?"

Lelaki itu membalas, "Ahh, so you indeed checked my phone."

"What do you mean?" Gadis itu bertanya.

"I have this kind of feelings that you are that kind of girls." Jawab lelaki itu lagi.

"What kind of girls? Stalker?"

"No, not stalker. You ni jenis perempuan yang kalau minat seorang lelaki dalam date pertamanya, you akan check fon date itu ketika tiada."

"Wha-"

"Jap, I tak habis cakap lagi. Dan ketika itulah, baru dibuat keputusan sama ada date itu berjaya ke peringkat seterusnya."

"Where did you get this idea? Ada article tulis pasal ni ke?"

"Well, that depends. I berjaya ke peringkat seterusnya atau tidak?"

"Brilliant. You are fucking brilliant."

"Thank you for pointing a point that I know already."

"Heh. You berjaya ke peringkat seterusnya."

"Baik. Bagus. I rasa itu yang sebaiknya buat you."

"Jawablah babi."

"Hahaha. Thanks. Anyway, I yang tulis article tu. You can read it at..(tunjuk url di fon)..here. Nah, scroll sendiri baca. You kan pandai scroll fon orang."

"Buto."

"Hahaha! Kena lagi. Thank you beautiful. Do you want another drink?"

"Sure." Tanpa menoleh, gadis itu meneruskan pembacaan.

"So.. where did you learn this? From your professor in some kind of weird university?" soal gadis itu sebaik menghirup cafe latte.

"Yeah, he is some kind of professor to me."

"Seriuslah, gila. I know you knew what I meant."

"Hahaha. Takda orang ajar I pun."

"Dah tu?"

"Teori yang I wujudkan sendiri. Melalui penyelidikan sendiri-sendiri."

"Ahh, research..so you mean stalking people?"

"Pandai jugak you ni."

"Well, kalau tak, kita takkan duduk di sini sekarang ni. Idiot."

"Bagus."

"Taknak terangkan kat I lebih lanjut mengenai teori you ni ke? I know a lot people want to know that."

"Kalau you nak, you kena ikut I baliklah. Sambil baring atas tilam empuk sambil tengok bintang, ya, bilik tidur I silingnya tembus langit."

"You ada bedroom see through roof? You jangan memain. I bukan boleh dengar awesome architecture ni."

"Well, kalau nak tahu kena ikutlah."

"You ni pussy hunter eh? Dah berapa ramai gadis terpedaya dengan you ni?"

"HAHAHAHAHA!"

"Amboi, ketawa. Betul ke tak?"

"Honestly, yes, indeed I am."

"Awh."

"Tak percaya?"

"Tak. Mana ada pussy hunter mengaku dia pussy hunter."

"I bukan macam pussy hunter tu."

"Oh, jadi you ni pussy hunter yang jujur bangsatlah?"

"Yes I am."

"Kejap, macamana you dapat gambar nude I? Jauh betul you distract I."

"I dapat secara tak sengaja, masa lalu rumah you haritu."

"Oke, please elaborate that."

"Hahaha! Tipu je. I retilah sedikit sebanyak macamana nak buka kunci dengan dawai macam dalam filem tu. And tadi you cakap "research" I tu adalah "stalking people" kan? Yes that, too."

"Dahsyat you ni. You tak takut I lapor polis ke?"

"I tahu jugak yang you bukan jenis perempuan macam tu."

"Teori you lagi?"

"Mestilah."

"Hmm. I rasa you ni gilalah."

"Gila yang bagaimana?"

"Gilalah. Crazy and homeless. Rumah bumbung see through you ni bawah jambatan je kan?"

"Kahkahkah! Orang gila mana ada pakai gel rambut, jam tangan, tali pinggang, kemeja butang, seluar slim fit dan loafers cik oi!"

"Betul jugak."

"Pandai pun. You jangan buat statement bimbo sangatlah."

"Ceh. Oke, so you nak cakap yang you sangat memahami perempuan?"

"Betul. I sangat memahami perempuan."

"Interesting."

"I know I am."

Mereka diam selepas itu. Si lelaki mengambil rokoknya dan mencucuh sebatang. Perempuan itu juga sama. Mereka hisap rokok berbeza rasa.

"Kalau you terer sangat, cuba teka you dah masuk peringkat ke berapa?" soal gadis itu selepas diam mengisi suasana beberapa ketika.

"I dah masuk ke peringkat tujuh, di mana you rasa geram sangat nak peluk I, nak sayang I, nak bersama dengan I selamanya." Lelaki itu tunjuk jari telunjuk ke atas apabila melihat gadis itu seperti ingin memotongnya cakap. "..tapi you takkan sekali-kali mahu pulang atau bawa I pulang, kecuali dengan satu ujian."

"Fantastic, fantastic. You ni menakutkan betullah."

"I know that well too."

Gadis itu menyimbah latte ke muka lelaki itu. Basah. "YOU BASTARD! HOW DARE YOU SEXUALLY HARASSED ME LIKE THAT! GUARD! PLEASE BRING HIM TO THE NEAREST POLICE STATION!"

Polis bantuan yang terdengar jeritan gadis itu datang. Lelaki itu kemudiannya diminta bangun dan ikut ke balai. Gadis itu pula mengambil beg tangannya kemudian mengikut sambil mencarut-carut hamun lelaki itu.

Sambil berjalan, lelaki itu senyum.

No comments: