Showing posts with label Isaac Ismael. Show all posts
Showing posts with label Isaac Ismael. Show all posts

Monday, 8 September 2014

Simen Ferro



“Woi, Leman! Mai la lepak tang ni. Hang dok kalut nak pi mana?” Leman yang terkonyong-konyong mengayuh basikal membrek secara mendadak. Dia menoleh dan melihat Botak dan Bidin yang sedang lepak minum di kedai kopi Pak Daq. Bidin yang telah mengeluinya tadi. Selepas menyandar basikalnya, Leman masuk dan turut serta di meja kopi mereka. Dari pemerhatian kasar, nampaknya Bidin dan Botak ni sudah berjam-jam lepak di warung Pak Daq. Mana taknya, cawan teh tarik sahaja dah ada tiga yang sudah habis diminum. Rokok pulak dah dua kotak habis. Memang hardcore lepak dua orang kutu kampong ni.

“Aku dok perati hang dari tadi. Hang kalut-kalut nak pi mana, Leman?” Bidin mengajukan soalan. “Haa tula. Dari kemarin hang dok pi mai pi mai. Harini ni baru kami nak teguq hang. Kalut lebih daripada YB lagi hang ni.” Tambah Botak sambil ketawa mengekek. “Dak, bukan apa. Mak aku suruh aku pi jumpak Pak Ngah  Chot. Tanya dia pasai nak tempah simen ferro.” “Ooo. Pak Ngah Chot tu memang tera* buat simen fero. Tu hang tak tengok kat sekolah rendah tu. Bangku, hiasan-hiasan apa semua dia yang buat tu. Guru Besaq tu kagum betoi ngan dia baq hang.” Bidin memuji Pak Ngah Chot melambung-melambung. “Dia bukan penah pi kolej ka IKM ka apa. Dia belajaq buat sendiri baq hang. Seingat aku dulu, pak aku habaq dia dulu mana reti bertukang apa sikit pun.” Botak juga berkongsi sedikit cerita yang dia tahu pasal Pak Ngah Chot. “Haa tu la pasai mak aku suruh pi tanya dia. Mak aku nak upah dia buat dua tiga bangku dengan meja kat sekolah mak aku mengajaq tu.” “Ooooh”, Bidin dan Botak jawab secara sychronizednya. “Tapi, aku tak berani nak pi rumah dia. Aku ketaq lutut.” Leman sambung cerita. “Depa kata dia tu dok sorang-sorang. Tak bercakap dengan orang. Dia penah naik gila, mengamuk nak tetak orang kampong ni dulu. Takkan hampa tak ingat.” “Laaa, patutlah aku tengok hang dok ketaq semacam. Hang takut kat Pak Ngah Chot. HAHAHAHA!” Bidin mengusik Leman sambil ketawa. Botak turut ketawa. “Tu cerita dulu la, Man. Dia dah berubah dah. Dia memang tak bedunia* dengan orang. Tapi, dia tak kacau orang aih. Hang toksah takut. Hang pi habaq apa mak hang suruh, esok dia pi buat teruih.” Bidin cuba meyakinkan Leman yang Pak Ngah Chot bukan untuk digeruni. “La ni lagu ni. Apa kata kami dua teman hang pi sembang dengan Pak Ngah Chot,” Botak beri idea. Leman setuju. Bidin juga takdahal.

Selepas membayar untuk 4 gelas teh tarik, dua keping roti canai, tiga keping roti telur dan tiga kotak Winston merah, mereka bergerak ke rumah Pak Ngah Chot. Pasangan kutu tegar tadi menaiki motosikal Honda EX5 dan Leman dengan basikal tinggalan arwah datuknya. Rumah Pak Ngah Chot terletak di hujung kampong. Jiran terdekat dengannya pun adalah lebih kurang 100 meter. Rumahnya ialah rumah kampong lama yang ada anak tangga kecil di pintu utama. Berguni-guni simen tersusun di bawah rumah. Ada dua timbunan pasir dilitup dengan kain kanvas biru di bawah pokok mangga. “Assalamalaikummmm!! Assalamualaikumm Pak Ngah!” Bidin memberi salam. Botak dan Leman hanya memerhatikan daun pintu. Daun pintu dikuak perlahan-lahan menampakkan latar belakang ruang tamu rumah yang sedikit gelap. Pak Ngah Chot keluar setelah menjawab salam di dalam hati mungkin, kerana tidak kedengaran suaranya. “Ada...apa...hampa..mai rumah aku ni?” soal Pak Ngah persis Nasir Bilal Khan dalam Tanah Kubur. “Dak ni. Leman ni nak tanya Pak Ngah. Mak dia nak upah Pak Ngah buat simen ferro kat sekolah menengah nu. Pak Ngah bulih buat dak?” Bidin yang tolong tanyakan bagi pihak Leman. Orang tua itu diam sejenak. Mungkin menyemak schedulenya. “Bila?” pendek sahaja soalannya. “Haa bila, Leman?”Leman terpinga-pinga sejenak. “Oh ni aaa minggu depan. Hari senanyan*.” Leman jerit beritahu. Orang tua itu hanya mengangguk tanda setuju. Dia masuk ke dalam sebaik pintu ditutup.

“Cuba hang tengok tu. Perfect sungguh dia buat. Aku kagum betoi dengan dia ni.” Bidin menunjukkan arca simen ferro berbentuk burung bangau, kucing, anjing dan haiwan-haiwan lain yang dijadikan hiasan di laman rumah Pak Ngah Chot. Leman mendekati salah satu arca simen hasil tangan Pak Ngah Chot. Dia perhati betul-betul arca yang menyerupai kucing itu. Sungguh teliti dan cermat hasil buatannya. Memang nampak real. Kalau setakat bangku atau meja itu tak payah cakaplah. Memang sangat cantik dan sempurna. Tiba- tiba, Botak memanggil mereka hanya dengan isyarat tangan. Takut jika menjerit, nanti didengari oleh Pak Ngah pula. Tak pasal-pasal kena halau nanti. Mereka berjengket senyap-senyap ke belakang rumah orang tua itu. Alangkah terperanjatnya mereka sehingga hampir terjerit apabila terlihat akan satu arca menyerupai orang yang masih belum siap pembikinannya terletak betul-betul di tepi jamban. “Tudiaa. Hebat Pak Ngah ni. Dia dah buat patung orang pulak. Dah macam karya orang putih.” Botak memberi komen separa berbisik. Pergh. “Real gila baq hang. Esok-esok dia buat patung pompuan telanjang pulak apa.” “Woih, hang ni Bidin. Pada-pada la. Takkan orang tua tu gatai merenyam sangat” Leman menegur Bidin.

“Shush, shush. Woi! Mai tang ni. Ada banyak lagi.” Botak memanggil kedua-dua rakannya tadi. Rupa-rupanya ada beberapa lagi arca yang serupa tadi. Ada yang menyerupai kanak-kanak lelaki, budak perempuan dan perempuan dewasa. Semuanya sudah pun siap terbaring dan telah dilitup dengan kain putih sebelum diselak oleh Botak. “Aku heran lah dengan dia ni. Awat dia bok sorok dia punya mastapis* ni? Awat tak tunjuk ja. Power kot ni. Kalau dia buat pameran ni, mau beribu orang beli.” Bidin menyuarakan kemusykilannya. “Hang ni bodohlah, Din. Benda-benda lagu ni mana boleh dok tayang suka-suka. Satni pak imam mai katok* semua ni, habihlah dia. Kan dah serupa berhala dia buat patung oghang-oghang lagu* ni.” Leman, yang kelihatan lebih mahir agama cuba memberi penjelasan kepada Bidin dan Botak. Tidak semena-mena sepasang mata Botak terbeliak. Tangannya seperti telah tersentuh sesuatu yang sejuk. Dia menoleh dan terlihat jari kaki manusia terjulur keluar daripada simen fero yang menyerupai wanita dewasa itu. Simen di bahagian kaki telah retak sedikit dan menampakkan empat batang jari kaki. Botak hampir menjerit tetapi pantas mulutnya ditutup oleh Bidin. Leman juga nyaris-nyaris pengsan. “Woi, woi, woi...ni...ni..ni mayat ni woi.” Botak terketar-ketar memberitahu apa yang semua orang boleh nampak. “Jom, kita tengok hat* lain,” saran Bidin. “Hang gila ka apa, Din. Aku tak maulah. Satgi orang tua bok* keluaq kapak, cantaih* kepala kita, nayaa jaa.” Botak membangkang. “Sengap*lah! Dah ikut aku. Kita tengok satu-satu”. Leman dan Botak ditarik supaya mereka tidak boleh lari kemana-mana.

Mereka menyiasat satu persatu daripada kesemua arca manusia itu. Simen diketuk perlahan-lahan dengan menggunakan batu. Apabila ia pecah, kelihatan anggota tubuh manusia di sebalik arca hasil tangan Pak Ngah Chot itu. Patung bangau juga diketuk sehingga pecah. Di sebalik serpihan simen, mereka boleh lihat bangkai bangau yang telah diawet masih mempunyai rupa seperti burung itu dengan jelas. Pak Ngah Chot ini seorang psikopat, fikir ketiga-tiga mereka. Mereka mesti segera cabut dari situ sebelum orang tua itu perasan. Hal ini mesti segera dilaporkan kepada polis. Berjengket-jengket mereka menuju ke hadapan rumah untuk mendapatkan motosikal dan basikal masing-masing. Alangkah terperanjatnya mereka apabila motosikal dan basikal yang mereka naiki telah hilang. “Mana pi mutu* kita, Din? Hang jangan nak berseloro* time-time lagu ni.” Botak sudah pun terkencing di dalam seluar ketakutan. “Mana aku nak tau. Tadi ada tang* tu. Beskat* hang pun takdak dah, Leman.” Bidin memberitahu Leman yang juga sudah terkucil di dalam seluar. “Kita pecut ja balik rumah jom sebelum orang tua tu perasan”, Leman mencadangkan satu alternatif. Apalagi, ketiga-tiga pemuda itu buka langkah seribu. Belumpun sampai 5 meter, ketiga-tiga mereka terjelepuk ke tanah. Tanpa disedari, mereka telah merempuh tali tangsi yang diikat dari pokok ke pokok menyebabkan ketiga-tiga mereka terlentang ke belakang. Leman dan Botak terus pengsan. Bidin masih sedar. Perlahan-lahan Bidin cuba bangun sambil mengusap dadanya yang luka akibat merempuh tali yang tidak kelihatan tadi. Belumpun sempat dia bangun, kepalanya diketuk dengan sebatang objek tumpul. Kepalanya menghentak tanah dan semuanya hitam, gelap.

Kabur. Kelip-kelip. Celik. Ketiga-tiga mereka buka mata perlahan-lahan dengan serentak. Setelah sedar, baru mereka perasan yang kedua-dua tangan dan kaki mereka telah diikat. Ketiga-tiga pemuda itu digantungkan di alang rumah. Terapung. Tiada suara dapat keluar dari tekak kerana mulut mereka telah diikat dengan kain. Pak Ngah Chot kelihatan sibuk membancuh sesuatu tanpa berkata apa-apa. Sesekali dia ke unggun api untuk mengawal api yang sedikit marak mendidihkan periuk besar berisi entah apa bahan pun tidak mereka ketahui. “Hangpa ni pandai-pandai jahanamkan aku punya reja. Ni lah balasan dia. Hangpa kena ganti balik.” Bidin meronta-ronta cuba melepaskan diri. Begitu juga Leman dan Botak. Namun usaha mereka tidak berhasil.


Glosari
1.       tera                                - terrer
2.       bedunia                       - bersosial
3.       Senanyan                    - Isnin
4.       mastapis                      - masterpiece
5.       katok                             - pukul, hancurkan
6.       lagu                                - macam
7.       hat                                 - yang
8.       bok                                - bawak
9.       sengap                         - senyap
10.   cantaih                         - cantas
11.   berseloro                    - berseloroh
12.   tang                               - di
13.   beskat                          - basikal


Thursday, 4 September 2014

Panik


Bangunan RHB di Jalan Tun Razak kecoh pada pagi itu. Semua pekerja dan setiap orang yang menjadi isi perut menara itu bertempiaran keluar. Loceng kebakaran mendering menambah kebingitan suasana yang biasanya hanya gamat dengan bunyi deruan kenderaan lalu-lalang. Dari jauh tidak pula kelihatan asap hitam yang menyelebungi menara bank milik Rashid Hussain itu. Tidak juga kelihatan api yang marak. Jadi, apa sebabnya yang telah mencetuskan panik di situ?

Bom. Ancaman bom yang telah memaksa orang ramai buka langkah seribu menyelamatkan nyawa masing-masing. Satu panggilan daripada orang yang tidak dikenali telah menggemparkan warga kerja RHB dan pelanggan yang datang ke bank itu pada pagi tersebut. Pihak polis dan pasukan SMART datang sebaik sahaja dihubungi. Kesemua bangunan berhampiran juga diarahkan dikosongkan. Sekatan jalanraya pantas diadakan. Tiada seorang pun orang awam dibenarkan berada dalam lingkungan 500 meter persegi. Biar pihak polis setelkan.

Setelah siasatan yang mendebarkan semua pihak selesai dilakukan oleh pihak polis, mereka mendapati tiada sebarang bom atau benda-benda yang mencurigakan dijumpai. Celaka betul. Buat penat sahaja mereka datang. Tapi, mujurlah tiada. Kalau betul-betul ada, tak pasal-pasal ada yang mati. Prank yang bangang seperti ini amat membengangkan pihak polis dan semua orang yang telah terkesan dengan peristiwa itu. Semua orang marah. Semua pihak ingin dalang disebalik prank bodoh itu ditangkap.

Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Berita tergempar pada pagi itu telah ditayangkan di Buletin Utama. Dia terhibur menyaksikan kegerunan dan ketakutan pada muka mangsa-mangsa yang telah berjaya diprank olehnya. Betapa mudahnya mencetuskan panik hanya dengan satu panggilan. Semuanya bodoh. Semuanya penakut. Lari dari mati. Sedangkan maut itu tetap akan datang biarpun engkau lari sehingga ke hujung dunia. Dia seronok dan berasa puas kerana rancangannya menjadi. Apa pula ya, lepas ni. Dia kena rancang lagi. Kali ni lebih besar dan lebih menakutkan.

-----------------------------------------------------*-------------------------------------------

Putrajaya digemparkan dengan suatu ancaman baharu. Ancaman yang suatu masa dahulu pernah mencetuskan panik diseluruh dunia. Setiap bangunan gah kerajaan di Putrajaya diarahkan untuk dikosongkan. Sampul surat berisi serbuk kimia telah dialamatkan ke kesemua bangunan yang dihuni oleh pekerja-pekerja awam yang rajin, komited, suka lepak waktu rehat, tak makan rasuah dan kaki ampu. Bangunan Seri Perdana yang menjadi kediaman Perdana Menteri juga diutuskan surat berisi bahan kimia tersebut. Mujur bukan Perdana Menteri sendiri yang terima surat itu first hand. Ramai yang telah dikejarkan ke hospital setelah terhidu bahan kimia tersebut. Serangan kimia ini telah mencetuskan ketakutan dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di Putrajaya.

Namun, serangan yang diingatkan amat berbahaya pada mulanya adalah sebenarnya prank. Mereka yang pengsan dan telah dirawat dihospital telah pun didiscaj keluar. Sampul yang berisi serbuk kimia itu tidak berbahaya pun setelah pasukan SMART dan jabatan kimia selesai membuat kajian dan ujian. Perdana Menteri amat marah. Ini kali kedua prank yang boleh menggugat keamanan dan mencabar kewibawaannya terjadi selepas kejadian bangunan RHB tempoh hari. Perdana Menteri bertegas bahawa pihak polis akan mencari sehingga ke lubang cacing dan memberkas dalang di sebalik prank bangang ini.

Lelaki itu kalini ketawa sehingga bergolek di lantai (rolling on the floor laughing). Dia tidak dapat menahan rasa geli hati apabila mendengar berita betapa bengangnya Perdana Menteri sehingga mengerah pasukan polis mencarinya sehinga ke lubang cacing. Dia tidak tinggal di dalam lubang cacing. Dia berasa puas hati. Sudah dua kali rancangannya berjaya tanpa dikesan. Dia kena lebih kreatif. Rancangan seterusnya mesti lebih menggerunkan. Mungkin perlu ada pengorbanan. Ya, mungkin perlu. Biar satu negara panik.

Setelah dua kejadian prank yang menggugat keamanan dan kesejagatan Kuala Lumpur, pihak polis kalini lebih bersiap siaga. Siasatan mereka tidak berhasil setakat ini dalam menjejaki dalang di sebalik dua prank bangang itu. Sudah hampir tiga bulan tidak berlaku apa-apa kejadian pankc selepas kejadian terakhir di Putrajaya. Pihak polis masih berjaga-jaga dan tidak rule out kejadian yang serupa mungkin akan berlaku.

Pihak polis betul. Genap sahaja empat bulan, mereka dikejutkan lagi dengan suatu ancaman baharu. Pihak polis dari Balai Polis Sepang dan Bukit Aman dikerahkan ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Tiga letupan telah berlaku di dalam tiga kapal terbang yang sedang taxiing di landasan KLIA2. Kesemua letupan itu tidak merosakkan fiusalaj kapal terbang namun telah menyebabkan sedikit kerosakan di ruang kargo. Pihak Malaysia Airports Berhad telah memberhentikan sementara kesemua penerbangan sebelum situasi disahkan selamat. Kapal terbang yang ingin mendarat telah diarahkan oleh control tower untuk divert haluan mereka ke destinasi lain buat sementara waktu.

Setelah kerosakan dianalisa, letupan itu hanyalah disebabkan oleh beberapa biji mercun bola yang telah diseludup masuk ke bahagian kargo. Entah macamana bom kecil itu boleh terlepas masuk ke dalam perut kapal terbang masih lagi membingungkan pihak polis. Yang lagi pelik adalah bagaimana ia boleh termenyala dan meletus. Pihak polis telah diuji kesabaran mereka ke satu tahap yang tidak boleh bertolak ansur lagi. Jika kejadian seperti begini sentiasa terjadi, pihak polis akan dipersalahkan. Buat apalah adanya polis jika rakyat masih hidup dalam ketakutan.

Lelaki itu ketawa besar. Kira okaylah tiada yang terkorban. Itu baru mercun bola. Belum lagi bom yang betul-betul. Itupun satu dunia sudah panik. Mereka ragu-ragu dengan tahap keselamatan lapangan-lapangan terbang negara. Banyak syarikat penerbangan mengalihkan operasi mereka ke negara berhampiran. Berita-berita itu disambut dengan hilai tawa. Lelaki itu sungguh terhibur sekali. Betapa mudahnya mempersendakan perasaan manusia. Ancam dengan maut, terus semuanya panik.


“Upset the established order and everything becomes chaos”. Ungkapan the Joker dalam The Dark Knight terngiang-ngiang di telinganya.

Rancangan seterusnya.

Tuesday, 2 September 2014

Pisau Gerber



“Shut up! Banyak mulut pulak lu ni. Dah bagi peha nak betis pulak. Makan sajelah.” Bengang betul Viktor dengan perempuan di depannya itu. “Dah bagi betis, nak peha lah, bongok!” tegur perempuan itu. Perempuan itu namanya, Tasha. Dia berbangsa Melayu, umur baru 21 dan sudah berhenti belajar. Berdua-duaan mereka di dalam bilik kecil yang hanya mempunyai katil single dibaluti cadar bunga-bungaan dan sebiji bantal tidak beralas. Hari itu hari pertama Tasha. Sekejap lagi pelanggan pertama dia akan menjengah di muka pintu kayu plywood itu. Ini bukan high class punya rumah urut tapi rumah urut haram yang acapkali diserbu penguatkuasa. Biasalah, lepas kena serbu, tumbuh balik. Ada yang kata penguatkuasa ni hanya melepaskan batuk di tangga. Asalkan nampak buat kerja. Bila dibuka semula, ada juga seorang dua daripada mereka yang datang melempiaskan nafsu. Dasar hipokrit.

Tasha menjamah nasi ayam Hainan yang diberi oleh Viktor. Asalnya dia pesan Chicken Chop. Viktor ni bangang agaknya tak boleh beza nasi ayam dengan chicken chop. Alih-alih dia yang kena marah. Viktor pesan lepas habis main, jumpa dia di bawah. Tasha akan diberi upah terus. Kalau diberi tip oleh pelanggan, ambil saja. Ambil banyak-banyak lagi bagus. Tak luak pun nasi itu dimakan, Tasha buang ke dalam tong sampah. Nasi ayam apa rasa macam konkrit. Tasha pandang cermin dan kenakan lipstick. Biar tebal dan merah. Bra dan skirt dibetulkan agar asetnya nampak montok dan menggiurkan.

Sebaik sahaja Viktor menuruni tangga, seorang lelaki Melayu berumur dalam lingkungan 50an menguak pintu. Ini dia pelanggan pertama Tasha. Perutnya yang sedikit boroi jelas ketara dengan berbaju T di-tucked in. Sudah pangkat pakcik kalau nak dibandingkan dengan Tasha. Dia mengukir senyuman menggoda sebaik sahaja terpandang akan pakcik miang itu di muka pintu. Kelibat pelanggan gatal seperti pak cik ni adalah kebiasaan di pusat urut haram sebegini. Merekalah pelanggan tetap yang sentiasa menyokong industri pelacuran ini. Pakcik-pakcik gersang yang tak sedar diri, tak takut Tuhan dan dosa, yang hanya mahu nikmat maksiat biarpun kubur sudah memanggil-manggil. Tanpa berlengah, pak cik berkumis nipis itu terus menerkam Tasha dan menggomolnya. Tasha biarkan dirinya dibaluti tubuh pak cik yang kegersangan  itu. Sesekali Tasha cuba mengelak dicium. Jual mahal. Tasha bisikkan sesuatu di telinga orang tua itu dan lantas orang tua itu mengeluarkan dompetnya dan diselitkan beberapa keping not seratus di celahan bra merah Tasha. Tasha senyum dan cium pipi orang tua itu. Keseronokan dia, macam dicium sang bidadari. Baju T polo orang tua itu ditanggalkan diikuti stokingnya yang masih baru dibeli. Perlahan-lahan sambil menggoda, Tasha lurutkan seluar slack orang tua itu. Sekarang dia hanyalah berseluar dalam.

Tasha bangun dan menuju ke laci meja solek kecil. Dia ambil sebuah kotak kecil berwarna merah. Tasha tuangkan air suling ke dalam gelas dan hulurkan kepada orang tua itu. Dia yang sudah tidak sabar-sabar untuk beraksi hanya memerhatikan gelagat Tasha. Air suling itu diminumnya sehingga habis. “Baringlah di situ, bang. Tasha buka baju dan panjat atas abang.” Pak cik itu pun merebahkan dirinya ke atas katil dan berbaring melentang sambil menunggu. Kedua-dua bola matanya tertumpu ke arah wanita muda itu. Dalam otaknya sudah berfantasi macam-macam. Dia terbayangkan keseronokan yang bakal dia alami. Pandangannya tidak lekang memerhatikan Tasha menguak zip skirt birunya perlahan-lahan. Sekalipun matanya tidak berkelip apabila melihat sepasang aset Tasha berbalut bra merah sebaik baju ditanggalkan. Sedikit demi sedikit pandangannya makin kabur. Tasha yang berada dihadapannya tadi sudah ada dua, tiga. Kepalanya rasa pening tiba-tiba. Gelap.

Tasha kenakan bajunya semula. Skirt disarung dan dizip. Tombol pintu dipastikan sekali lagi berkunci. Setelah siap memakai sepasang sarung tangan getah dan topeng muka, Tasha buka kotak merah tadi. Sebilah pisau Gerber panjangnya 5 inci dikeluarkan. Pipi tembam orang tua itu dilempangnya dua kali. Kiri dan kanan. Bagus! Betul-betul tak sedarkan diri. Seluar dalam tidak berjenama orang tua itu dilondehi. Terjojollah burung veteran yang masih tegang biarpun tuannya sudah layu tidak sedar apa-apa. Pisau Gerber 100% karbon itu digenggam erat. Berbekalkan satu nafas panjang, Tasha tarik dan hiris sehingga putus. Tidak ada masa untuk hiris perlahan-lahan macam sembelih ayam kampung. Tajam benar pisau Gerber itu sehingga dapat memotong burung veteran dengan sekali nafas. Darah memercik membasahi celahan kangkang orang tua itu. Sedikit terkena pada pergelangan Tasha. Burung yang mati itu dimasukkan ke dalam botol air suling yang masih berbaki. Tasha membasuh pisaunya di sinki dan membersihkan tangannya daripada darah orang tua miang itu. Tangga dituruni perlahan-lahan. Dia disapa Viktor. “Sudah selesai aa? Nah, ini bahuan lu.” “Habuan la, bongok”. Tasha ambil dan jelir lidah kepada Viktor. Dia senyum dan berlalu keluar. Viktor tersengih sendiri. Dia lulus Bahasa Melayu masa sekolah menengah tapi masih lagi tak fasih-fasih.

Tasha tahan teksi dan memberitahu ke mana destinasinya. Setelah lima belas minit, teksi itu berhenti di bahu jalan. Tasha turun dan berjalan menuju ke sebuah tandas awam. Jamban yang paling hujung dipilih oleh dia. Cermin kecil dikeluarkan daripada beg tangannya dan dilekatkan di pintu. Dengan teliti dan perlahan-lahan, Tasha koyakkan topeng silikon yang dipakainya. Dikoyak-koyak topeng silikon itu dan akhirnya menampakkan rupanya yang sebenar. Dia ambil topeng lain dari dalam beg tangannya dan kenakan dengan cermat sambil memerhatikan cermin kecil yang dilekatnya tadi. Pakaiannya juga ditukar. Rambut sahaja yang sama. Itupun rambut palsu juga. Seperti identitinya. Lima belas minit juga dia habiskan masa untuk menukar identitinya di dalam tandas tidak berpenghuni itu. Lima belas minit dia bersiap adalah lebih cepatlah kalau nak dibandingkan dengan wanita-wanita lain yang biasanya ambil masa sejam bersiap apabila hendak keluar. Sebungkus plastik hitam berisi “identiti” Tasha dibuang ke dalam tong sampah biru di tepi jalan. Dia terus berjalan menuju ke pondok teksi yang hanya 10 meter di hadapan. Tak sampai pun sepuluh minit, sebuah teksi lalu dan berhenti sebaik ditahan olehnya. “Chow Kit ya uncle.” Punat meter ditekan, signal diberi dan drebar teksi itu terus memulas stereng menuju ke destinasi yang dipinta.


Teksi bernombor plat HWA 3766 berhenti betul-betul di hadapan sebuah farmasi yang sudah tutup. Pintu penumpang ditolak dan keluar seorang wanita tinggi lampai. Sepasang betis putih kelihatan jelas biarpun di bawah cahaya suram lampu jalan. Wanita itu berjalan menuju ke sebuah pusat urut yang nampaknya beroperasi sehingga lewat pagi. Dari luar, pusat urut itu nampak seperti biasa. Wanita-wanita berbangsa asing yang semuanya tidak ada thigh gap memegang flyers sambil memancing pelanggan untuk mendapatkan servis urutan refleksologi di situ. Ada yang singgah, ramai yang tidak. Wanita tadi masuk ke dalam dan mendapatkan seseorang di sebalik kaunter. Dia merapatkan badan di kaunter itu dan berbisik kepada seorang wanita Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai pengurus pusat urut tersebut. “Aunty, boleh tak saya kerja sini?” soal dia lemah lembut. Setelah berfikir sejenak, Aunty tadi mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuat satu panggilan. “Cong ceng cong ceng cong ceng. Yau yau. Mei woo.” “Okay, boleh. Terus naik atas, belok kiri. Masuk bilik nombor 3 ah.” Dia terus diambil bekerja. Dia senyum dan mengorak langkah. “Amoi, nanti dulu. Lu apa nama, ah?” “Oh, nama saya Tania.” Tania senyum lebar dan mendaki anak tangga. Dia sempat selak beg tangannya. Kotak kecil rona merah ada terselit kemas.