Friday 16 January 2015

Mark Edison, Nur Khaleeda dan Khalid.

"Evening, sayang tak tidur lagi? Ingatkan tak reply Whatsapp dah tidur dah." Mark menegur kekasihnya sebaik menanggalkan kasut di foyer.

"Belum, ingat nak tidur tadi, pastu macam boring pulak tidur sorang. Banyak kerja sayang tadi?" Tegur Khaleeda, bingkas bangun dari sofa.

"Cantik night dress. Kemain warna mint pastel, you. Rasa macam sayang manis terlebih pulak malam ni." Mark longgarkan ikatan tali leher.

"Well, secara harfiahnya memang saya manis pun. Sayang kan selalu jilat saya." Khaleeda senyum, bantu tanggal butang kemeja Mark.

"Ahh, yang tu betul." Mark dan Khaleeda bercumbu, dengan tangan Mark menekup punggung Khaleeda.

"By the way, awak dahaga tak? Tadi saya dahaga, terbuat lemon ais. Kalau nak, saya tuangkan." Khaleeda mengusap pipi Mark.

"Boleh jugak. Saya tak sempat minum mineral dalam kereta tadi. Tengah drive pun borak dengan client. Sibuk betul call after working hours."

"Client yang mana satu ni?" soal Khaleeda, gesa menuju ke dining hall, menuangkan lemon ais dari jag ke gelas.

"Siapa lagi kalau bukan Faisal." Jawab Mark, ambil tempat duduk di meja makan.

"Faisal mana ni? Faisal Tehrani ke? Oke tak kelakar."

"Faisal Ishq. Client saya yang kes kepala tanpa badan tu."

"Oh, yang tu. Tak settle lagi kes tu? Ingat dah settle dah."

"Belum."

Lemon ais diteguk. Mukanya berkerut, kemudian Mark senyum.

"Sedap?"

"Cukup rasa. Macam awak."

"Amboi, sempat berpickupline."

"Mestilah. Saya Mark Edison kot. Gila tak sweet?"

"Ahh, dah, dah. Melambung sangat puji diri sendiri ni. Nak sikit air."

Gelas bertukar tangan. Lemon ais diteguk, gelas diletak kembali ke coaster bercorak geometri. Gincu merah gelap melekat di bibir gelas.

"Sayangku Mark." Panggil Khaleeda apabila melihat Mark seakan termenung, melihat kabinet seperti tiada penghujung.

"Yes, my beautiful princess of all time?" Mark tersentak, kemudian laju menoleh ke arah Khaleeda.

"Sampai hati lupakan saya tadi."

"Sorry. My bad, my bad." Mark memegang tangan Khaleeda, mencumbu kura tangan gadis itu  yang sudah tidak gadis di tangannya.

"What's in your mind? You seemed.. off."

"Nothing. Quite tired, I guess. Susah jugak kes Faisal ni. Lawyer Humaira' boleh tahan bagus."

"Sekarang ni Faisal dituduh membunuh Mawar oleh Humaira' kan? Tapi Humaira' menafikan dan menuduh Faisal yang melakukannya?"

"Betul. Macam saya cerita semalam."

"Awak rasa siapa yang bunuh Mawar?"

"Entah. Susah nak cakap. Kalau ikutkan pekerjaan saya, saya kena yakin yang Faisal tak melakukannya. Supaya data dan fakta yang saya perlu kumpul tak bias nanti."

"Betul jugak. Tapi..."

"Yes?" Mark bangun, memimpin tangan Khaleeda ke sofa, duduk berhadapan televisyen yang tidak dihidupkan.

"My sixth sense tells me that Faisal did it. Awak boleh menang ke nanti?"

"Well, I have to do what I gotta do, kan?"

"Baik, awak cubalah yang terbaik ya?" Khaleeda menghadiahkan sebuah lagi kucupan di leher, kemudian merehatkan kepala di dada lelaki itu.

Mark mengusap rambut Khaleeda, kemudian mencumbu kepala gadis itu.

"Dear?" Khaleeda bersuara, mengusap paha Mark.

"Yes, milady?" Mark bermain-main dengan telinga Khaleeda.

"Saya bosanlah. Jom keluar."

"Nightwalk?"

"Yep."

"Boleh jugak. Awak nak pakai macam ni ke? Tak sejuk? Nanti nipple tersembul macamana? Kena cari semak pulak nanti."

"Amboi. Saya pakai kot awaklah."

"Ish, busuk dah kot tu. Awak tunggu sini, saya ambilkan kardigan awak."

"Kardigan nipis, nak hoodie Trafalgar Law."

"Orait. No problem."

Ketika Mark menaiki dua anak tangga, Khaleeda jerit kecil, "Yang warna peach tu!"

"Yes, yes. Warna apa lagi je ada? Satu je kan?"

"Tadi hoodie yang sama design baru sampai dari Taobao. Tapi warna kuning. Awak tahu beza tak kuning dan peach? Awak dahlah rabun warna."

"Tahulah, tahu." Mark meneruskan dakian ke tingkat satu.

Khaleeda menunggu sambil bersiul lagu Sugar Maroon 5.

Tiba-tiba, kepala Khaleeda terasa seperti dilempar sesuatu. Apabila menoleh, terlihat Mark sengih sumbing.

"Orang cakap peach la. Ni kuning. Tadi cakap pandai bezakan sangat."

"Hahaha, ni ha. Saya ambik dua-dua. Memang tak reti beza."

"Eleh, padahal tahu beza. Saja je nak naikkan darah saya kan? Kalau tak tahu, kenapa awak baling yang kuning?"

"Wah, bijak sayang saya ni."

"Mestilah. Jom." Hoodie peach disarungkan, kemudian Khaleeda membantu Mark memakai hoodie kuning.

Dengan hanya berselipar jepun, mereka berjalan ke arah kanan lorong rumah mereka. Ke arah taman permainan.

"You, takda bintang pulak malam ni. Bosannya."

"Sayanglah bintang I."

"Awh." Tangan Mark dipimpin makin erat.

"Kejap, saya nak on MP3 player fon kejap." Mark mengambil fon di poket seluarnya, kemudian menekan butang play. Lagu Sugar dimainkan.

Di tengah jalan yang tiada kenderaan dan sesiapa yang memerhati kerana sekarang jam tepat pukul 0126 pagi, Mark membuka langkah tari. Di bawah lampu neon jalan, mereka berdansa.

"Meow, meow, meow."

"Eh, bunyi kucing. Sayang, dari mana tu bunyi tu?" Khaleeda berhenti menari. Dia menoleh ke arah punca bunyi itu.

Mark menghentikan nyanyian lagu di telefonnya. Dia memasang telinga, berjalan mampir ke arah Khaleeda yang sudah mendahului di hadapan.

"Sayang, ni, dalam longkang ni, kesiannya. Anak kucing siapalah ni." Khaleeda mencangkung berhadapan parit taman permainan.

"Kejap, sayang tak payah turun, biar saya turun. Nanti kotor nightdress tu. Dahlah baru beli."

"Baik awak."

Mark meletupkan jemari.

Dengan langkah berhati-hati, dia melangkah masuk ke dalam parit yang fikirnya berkemungkinan sedalam semeter. "Nah." Mark hulur anak kucing berwarna kelabu cerah kepada Khaleeda.

"Boleh naik tak tu? Do you need my help? Eh, tapi saya tengah pegang nyiau ni."

"Takpe, takpe. I can do this my own. Hiah!" Sekali lompat dengan menekan tangan ke tembok parit, Mark naik dan terus duduk membelakangi Khaleeda. Kaki yang terjulur ke parit di angkat ke atas, kemudian dia duduk mencangkung, sama seperti Khaleeda.

Mereka berdua mengusap dan bermain dengan telinga anak kucing itu bersama. 

"Hey, hey, buddy. Where did you come from? Macamana boleh masuk dalam longkang ni?" soal Mark.

"Ada anjing kejar agaknya." Khaleeda jawab.

"Eh, mana ada anjing area sini. Manusia perangai anjing adalah."

"Macam awak eh?"

"Aah, ya. Saya anjing terrier. Garang dan ganas."

"Yalah tu. Macam Chihuahua je kalau di ranjang. Kalah saya."

"Eh, shush. Hal dalam kelambu jangan cerita kuat-kuatlah. Malu saya."

"Hahaha! So, nak buat macamana dengan nyiau ni?"

"Kita bawa balik rumah dululah. Bagi makan. Mesti lapar tu. Friskies ada lagi kan?"

"Ada dalam purse saya, yang tak dibuka lagi pun ada."

"Haa, eloklah tu. Tak sia-sia sayang saya ni berbudaya bagi stray cats makan."

"Hehehe. Jangan puji sangatlah, malu saya."

"Siapa puji awak? Saya cakap fakta je."

"Pui."

Mereka berdua bangun, anak kucing masih mengiau, dan mereka berjalan pulang ke rumah, menutup pintu seperti biasa.

Anak kucing itu kemudiannya dilepaskan ke lantai, kemudian disepak kuat Khaleeda, membuatkan kucing itu terlempar ke dinding ruang tamu.

"Sayang! Kenapa buat macam tu?!" Jerit Mark, menarik Khaleeda membuatkan gadis itu terduduk, melangkah laju ke arah anak kucing itu.

Anak kucing itu menggigil kesakitan.

"Sorry, tak sengaja. I don't know what happened to me. Macam refleks." Jawab Khaleeda, memeluk lutut hampir menangis.

"Ah, sudah. Time ni la Khalid nak datang!" Mark meletakkan anak kucing di dalam timba kecil di tepi singki dining hall.

"Sayang! Sayang!" Mark menggoncang tubuh Khaleeda apabila melihat gadis itu hanya menunduk mencium lututnya sendiri.

"Nur Khaleeda binti Qushairy, saya ni, Mark Edison! Sayang ada dengan saya. Dengar ni, sayang ada dengan saya!"

"Butoh apa. Sayang hang dah takdak dah weh. Diam dah dalam tu ha. Aku ja ni. Khalid Khalifa." Suara Khaleeda bertukar garau.

"Fucklah. Kau buat apa lagi sial datang dalam hidup Khaleeda? Tak puas lagi kena belasah haritu?"

"Hahaha! Aku bosanlah. Pundek betul dok cheesy lovey dovey depan mata aku. Ingat aku nak biaq?"

"Dah tu yang kau sepak kucing tu buat apa? Babi. Sepak akulah kalau geram kat aku! Jangan aniaya binatang tak bersalah, binatang!" Mark menendang wajah Khalid. Atau di hadapan matanya, wajah Khaleeda.

Bagi Mark, ini perkara biasa dalam hidupnya bersama Khaleeda. Sudah beberapa siri Khalid Khalifa muncul di dalam hidup Khaleeda.

Namun, hanya dia saja yang betul-betul memahami dan mampu menangani Khalid-Khaleeda, setakat ini, setahu dia yang diberitahu Khaleeda.

Sebenarnya, Khaleeda nampak saja apa yang dibuat oleh Khalid ketika Khalid menguasai tubuhnya. Cuma dia tidak mampu membuat apa-apa. 

Multiple personality disorder, nama penyakitnya. Atau singkatannya, MPD.

Bibir Khalid berdarah. Dia mengesat bibirnya dengan tangan mulus Khaleeda. Khalid kemudian bangun berdiri tegak, membuka langkah.

Kucing di dining hall mengiau tidak berhenti, tetapi dengan suara yang perlahan, kerana sedang bertarung nyawa dengan kematian.

TAMAT.

No comments: