Thursday 4 September 2014

Panik


Bangunan RHB di Jalan Tun Razak kecoh pada pagi itu. Semua pekerja dan setiap orang yang menjadi isi perut menara itu bertempiaran keluar. Loceng kebakaran mendering menambah kebingitan suasana yang biasanya hanya gamat dengan bunyi deruan kenderaan lalu-lalang. Dari jauh tidak pula kelihatan asap hitam yang menyelebungi menara bank milik Rashid Hussain itu. Tidak juga kelihatan api yang marak. Jadi, apa sebabnya yang telah mencetuskan panik di situ?

Bom. Ancaman bom yang telah memaksa orang ramai buka langkah seribu menyelamatkan nyawa masing-masing. Satu panggilan daripada orang yang tidak dikenali telah menggemparkan warga kerja RHB dan pelanggan yang datang ke bank itu pada pagi tersebut. Pihak polis dan pasukan SMART datang sebaik sahaja dihubungi. Kesemua bangunan berhampiran juga diarahkan dikosongkan. Sekatan jalanraya pantas diadakan. Tiada seorang pun orang awam dibenarkan berada dalam lingkungan 500 meter persegi. Biar pihak polis setelkan.

Setelah siasatan yang mendebarkan semua pihak selesai dilakukan oleh pihak polis, mereka mendapati tiada sebarang bom atau benda-benda yang mencurigakan dijumpai. Celaka betul. Buat penat sahaja mereka datang. Tapi, mujurlah tiada. Kalau betul-betul ada, tak pasal-pasal ada yang mati. Prank yang bangang seperti ini amat membengangkan pihak polis dan semua orang yang telah terkesan dengan peristiwa itu. Semua orang marah. Semua pihak ingin dalang disebalik prank bodoh itu ditangkap.

Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Berita tergempar pada pagi itu telah ditayangkan di Buletin Utama. Dia terhibur menyaksikan kegerunan dan ketakutan pada muka mangsa-mangsa yang telah berjaya diprank olehnya. Betapa mudahnya mencetuskan panik hanya dengan satu panggilan. Semuanya bodoh. Semuanya penakut. Lari dari mati. Sedangkan maut itu tetap akan datang biarpun engkau lari sehingga ke hujung dunia. Dia seronok dan berasa puas kerana rancangannya menjadi. Apa pula ya, lepas ni. Dia kena rancang lagi. Kali ni lebih besar dan lebih menakutkan.

-----------------------------------------------------*-------------------------------------------

Putrajaya digemparkan dengan suatu ancaman baharu. Ancaman yang suatu masa dahulu pernah mencetuskan panik diseluruh dunia. Setiap bangunan gah kerajaan di Putrajaya diarahkan untuk dikosongkan. Sampul surat berisi serbuk kimia telah dialamatkan ke kesemua bangunan yang dihuni oleh pekerja-pekerja awam yang rajin, komited, suka lepak waktu rehat, tak makan rasuah dan kaki ampu. Bangunan Seri Perdana yang menjadi kediaman Perdana Menteri juga diutuskan surat berisi bahan kimia tersebut. Mujur bukan Perdana Menteri sendiri yang terima surat itu first hand. Ramai yang telah dikejarkan ke hospital setelah terhidu bahan kimia tersebut. Serangan kimia ini telah mencetuskan ketakutan dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di Putrajaya.

Namun, serangan yang diingatkan amat berbahaya pada mulanya adalah sebenarnya prank. Mereka yang pengsan dan telah dirawat dihospital telah pun didiscaj keluar. Sampul yang berisi serbuk kimia itu tidak berbahaya pun setelah pasukan SMART dan jabatan kimia selesai membuat kajian dan ujian. Perdana Menteri amat marah. Ini kali kedua prank yang boleh menggugat keamanan dan mencabar kewibawaannya terjadi selepas kejadian bangunan RHB tempoh hari. Perdana Menteri bertegas bahawa pihak polis akan mencari sehingga ke lubang cacing dan memberkas dalang di sebalik prank bangang ini.

Lelaki itu kalini ketawa sehingga bergolek di lantai (rolling on the floor laughing). Dia tidak dapat menahan rasa geli hati apabila mendengar berita betapa bengangnya Perdana Menteri sehingga mengerah pasukan polis mencarinya sehinga ke lubang cacing. Dia tidak tinggal di dalam lubang cacing. Dia berasa puas hati. Sudah dua kali rancangannya berjaya tanpa dikesan. Dia kena lebih kreatif. Rancangan seterusnya mesti lebih menggerunkan. Mungkin perlu ada pengorbanan. Ya, mungkin perlu. Biar satu negara panik.

Setelah dua kejadian prank yang menggugat keamanan dan kesejagatan Kuala Lumpur, pihak polis kalini lebih bersiap siaga. Siasatan mereka tidak berhasil setakat ini dalam menjejaki dalang di sebalik dua prank bangang itu. Sudah hampir tiga bulan tidak berlaku apa-apa kejadian pankc selepas kejadian terakhir di Putrajaya. Pihak polis masih berjaga-jaga dan tidak rule out kejadian yang serupa mungkin akan berlaku.

Pihak polis betul. Genap sahaja empat bulan, mereka dikejutkan lagi dengan suatu ancaman baharu. Pihak polis dari Balai Polis Sepang dan Bukit Aman dikerahkan ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Tiga letupan telah berlaku di dalam tiga kapal terbang yang sedang taxiing di landasan KLIA2. Kesemua letupan itu tidak merosakkan fiusalaj kapal terbang namun telah menyebabkan sedikit kerosakan di ruang kargo. Pihak Malaysia Airports Berhad telah memberhentikan sementara kesemua penerbangan sebelum situasi disahkan selamat. Kapal terbang yang ingin mendarat telah diarahkan oleh control tower untuk divert haluan mereka ke destinasi lain buat sementara waktu.

Setelah kerosakan dianalisa, letupan itu hanyalah disebabkan oleh beberapa biji mercun bola yang telah diseludup masuk ke bahagian kargo. Entah macamana bom kecil itu boleh terlepas masuk ke dalam perut kapal terbang masih lagi membingungkan pihak polis. Yang lagi pelik adalah bagaimana ia boleh termenyala dan meletus. Pihak polis telah diuji kesabaran mereka ke satu tahap yang tidak boleh bertolak ansur lagi. Jika kejadian seperti begini sentiasa terjadi, pihak polis akan dipersalahkan. Buat apalah adanya polis jika rakyat masih hidup dalam ketakutan.

Lelaki itu ketawa besar. Kira okaylah tiada yang terkorban. Itu baru mercun bola. Belum lagi bom yang betul-betul. Itupun satu dunia sudah panik. Mereka ragu-ragu dengan tahap keselamatan lapangan-lapangan terbang negara. Banyak syarikat penerbangan mengalihkan operasi mereka ke negara berhampiran. Berita-berita itu disambut dengan hilai tawa. Lelaki itu sungguh terhibur sekali. Betapa mudahnya mempersendakan perasaan manusia. Ancam dengan maut, terus semuanya panik.


“Upset the established order and everything becomes chaos”. Ungkapan the Joker dalam The Dark Knight terngiang-ngiang di telinganya.

Rancangan seterusnya.

No comments: